KINI !!!
Proses bersuci anda menjadi lebih mudah dengan kecanggihan teknologi !
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah merupakan ajaran dan suruhan setiap
agama. Namun begitu, Agama Islam mempunyai prosedur tertentu di dalam membersihkan
sesuatu yang kadang kalanya tidak tercapai oleh akal manusia sendiri akan rasionalnya.
Pengertian bersuci.
Bersuci menurut bahasa mudah sahaja, iaitu "membersihkan". Di dalam bahasa
Arab, perkataan bersuci disebut sebagai "Taharah". Sementara definisi bersuci menurut syarak pula ialah : "Membersihkan
diri daripada hadas dan najis hingga membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadah."
Kepentingan bersuci.
Hukumnya adalah wajib, terutamanya kepada mereka yang mahu mengerjakan ibadah.
Bab Taharah adalah merupakan perkara yang pertama diajarkan di dalam ilmu fiqh. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini
kerana ianya akan memberi kesan kepada perkara-perkara lain didalam Islam khususnya di dalam soal ibadah.
Pengertian Najis.
Menurut bahasa, najis membawa maksud "benda-benda yang kotor". Sementara
menurut istilah syarak pula, najis ialah "benda yang menegah sahnya ibadat kerananya".
Pembahagian najis.
Najis terbahagi kepada 3 jenis : Mughallazah,
Mutawasthah dan Mukhaffah.
Najis Mutawasithah dan Mukhaffah lebih mudah untuk dibersihkan. Cukup sekadar dengan
air biasa sahaja (Mutlak). Malahan untuk najis Mukhaffah, memadai dengan sekadar dengan renjis-renjisan air sahaja.
Namun begitu, lain halnya dengan Najis Mughallazah. Najis Mughallazah membawa
maksud najis berat. Ianya terdiri dari anjing dan babi serta keturunannya, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kedua-duanya
itu.
Bagaimana membersihkan najis mughallazah ?
Kaedah membersihkan najis mughallazah tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu membasuh
kawasan yang terkena najis tersebut dengan air yang bercampur tanah terlebih dahulu, kemudian membilasnya pula dengan air
biasa (mutlak) sebanyak enam kali. Proses ini dinamakan samak, atau sertu.
Suruhan ini adalah berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sucinya
bekas/barangan salah seorang kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya tujuh kali. Air yang pertamanya hendaklah dicampur
dengan tanah". ( Riwayat Muslim )
Kenapa kita perlu melakukan SAMAK ?
Jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya adalah perintah agama. Sebagai seorang
yang beriman dengan hukum Allah, kita tidak seharusnya mempertikaikan kenapa kita harus melakukan demikian. Disitulah terletaknya
keimanan kita dengan hukum Tuhan.
Namun terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa di dalam najis mughallazah ini
terdapat sejenis kuman yang hanya boleh di matikan dengan hanya air yang mengandungi tanah. Maka kajian ini membuktikan betapa
setiap perintah Allah s.w.t itu ada hikmah di sebaliknya yang di luar jangkauan
akal manusia.
Memperkenalkan...
Dengan perkembangan teknologi terkini, telah menghasilkan
sabun yang diperbuat dari tanah liat.
"TAHARAH"

Sabun ini mengandungi lebih dari 95% kandungan tanah liat yang terpilih. Produk ini telah di
usahakan oleh Taharah Global (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik Bumiputera yang tidak perlu diragukan lagi akan kesuciannya.
Bahkan kita seharusnya memberikan sokongan kepada syarikat ini di atas usaha-usaha Fardhu Kifayahnya.
Apakah produk ini menepati kehendak hukum ? Jika anda merasa ragu-ragu, sila lihat pada screen shot di bawah:

(Sila klik pada imej untuk ke laman
web sebenar)
Berikut adalah kandungan kenyataan tersebut:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 76
pada 21 - 23 November 2006 bersetuju memutuskan bahawa: "Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah
dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta
kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak"..
Kini ada tidak
perlu ragu lagi untuk menggunakannya ! Gunakan tanpa was-was !
BELI SEKARANG !
|
Berikut pula adalah surat
sokongan dari beberapa Mufti dan pertubuhan :
Sila klik pada imej
untuk besarkan saiz.
|
|

|
| MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN |
|
|

|
| MUFTI NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS |
|

|
| MUFTI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN |
|
|

|
| PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA |
|

|
| YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA |
|
BUKAN ITU SAHAJA !!!
Taharah bukan sekadar sabun untuk menyamak !
Taharah bukan sahaja mengandungi 90% tanah liat terpilih. Namun Taharah juga turut mengandungi
:
|

|
Vitamin A, C dan E.
|
|

|
Minyak zaitun.
|
|

|
Mineral semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium.
|
Dengan kandungan vitamin dan galian seperti yang dinyatakan
di atas, sabun Taharah adalah merupakan sabun serbaguna yang turut boleh digunakan untuk :
|

|
Sebagai sabun mandian harian.
|
|

|
Boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran. Membantu membunuh kuman serta sisa-sisa racun serangga.
|
|

|
Boleh digunakan untuk membasuh barangan kemas, pakaian dan lain-lain lagi.
|
|

|
Sebagai sabun kecantikan dan kesihatan kulit.
|
Di antara khasiat dan kemujaraban sabun Taharah ialah :
|

|
Menghalus, mencerah, melembapkan dan melembutkan kulit
|
|

|
menghilangkan bau badan dan kotoran.
|
|

|
Merawat pelbagai penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan
tumit kaki.
|
|

|
Juga membantu menghilangkan jerawat, bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan (kedutan), serta memberi
kesegaran yang berpanjangan.
|
Oleh itu, jika dilihat kepada fakta-fakta di atas, sabun TAHARAH adalah merupakan sabun SEMUA DALAM SATU
! (All in one)
Apa kata mereka yang pernah menggunakan produk ini ?
|

“Sebelum ini kulit saya ni tiada masalah..Cuma kulit saya tidak bermaya,
warna kulit tidak sekata..Apabila saya menggunakan Sabun Taharah ini kulit saya kembali cerah, segar dan ton warna sekata...Kebetulan
pada masa tu saya ada satu jerawat di muka..Then saya menggunakan beberapa hari..Jerawat di kulit muka saya tiada..Saya selalu
menggunakan sabun ni tiap-tiap hari...Memang berkesan.....Saya dh menggunakan Sabun Taharah nk dekat 3 bulan..Sekarang ni
Sabun Taharah dh menjadi pencuci muka saya yang tetap...
Anda semua tidak payah ragu-ragu menggunakan..Banyak kegunaan sabun ini....Memang
berkesan..”
- Nurul Shahidah Kamis,
Seremban.
http://www.friendster.com/shegheeda
|
|
Sebelum anda mengakhiri pembacaan anda di halaman, berikut ada beberapa perkara lagi untuk anda renungi dan fikirkan
:
|

|
Di dalam pergaulan kita sehari-hari, situasi berikut mungkin sering kita lalui ; bersalaman dengan orang bukan Islam
yang tidak dipastikan kesuciannya, wang ringgit yang kita gunakan, yang sering berpindah tangan, peralatan makanan yang kita
gunakan di kedai-kedai makan. Berkemungkinan benda-benda yang kita gunakan itu telah terlebih dahulu didisentuh oleh
peniaga daging khinzir, atau pun apa-apa pun makanan yang berasaskan haiwan tersebut. Dari sudut hukum, memanglah kita
tidak diwajibkan untuk menyamak perkara-perkara yang tidak bersifat 'ain' seperti itu. Namun, sedar atau tidak, perkara seumpama
ini tetap telah 'menjejaskan' kesucian diri kita. Yang mana akan turut menjejaskan juga kekhusyukan ibadah kita. maka, dengan
menjadikan sabun Taharah sebagai sabun mandian, mudah-mudahan kita dapat mensucikan diri kita kembali, apatah
lagi jika kita mengikuti kaedah pembersihan yang sebenarnya.
|
|

|
Anda mungkin seorang yang peka akan kesihatan diri dan kecantikan peribadi. Setiap bulan, sejumlah wang diperuntukkan
untuk produk kesihatan termasuklah sabun kecantikan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan wajah dan kulit. Apakah anda
yakin produk yang anda gunakan itu benar-benar halal dan suci ? Jika pun ada tanda halal yang diiktiraf, apakah syarikat pengeluar
tersebut mempunyai panel penasihat agama mereka sendiri, yang membuktikan keikhlasan mereka mengeluarkan produk halal
dan suci. Dan mampukah produk-produk tersebut membersihkan najis seberat najis mughallazah ? Kini sabun Taharah
dengan kadar harga yang berpatutan dan pada kualiti yang setanding, mampu menjadi alternatif kepada anda !
|
|

|
Dengan sokongan anda terhadap produk ini (dan juga lain-lain produk muslim), bererti anda telah melakukan tanggungjawab
fardhu kifayah. Menyediakan kemudahan dan keperluan (yang halal & suci) untuk orang-orang Islam adalah
merupakan fardhu kifayah. Jika tidak orang mengambil tanggungjawab ini, maka seluruh umat Islam akan menanggung dosa.
Kita perlu bersyukur kerana ada pihak yang sanggup menanggung risiko untuk bersaing di dalam bidang perniagaan yang sangat
mencabar. Maka tanggungjawab kitalah sebagai pengguna Islam, menyokong dan membeli produk-produk orang Islam untuk memastikan
kelangsungan usaha murni mereka. Mudah-mudahan sumbangan anda juga akan mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t.
|
Kini anda tidak perlu ragu lagi! Bahkan bagaikan satu kemestian
untuk memilikinya. Pastikan anda memilikinya sekurang-kurangnya satu di rumah anda. Pastikan juga anda membawanya bersama
ketika anda bermusafir atau seumpamanya, untuk saat-saat yang tidak diduga.
|